Sunday, April 3, 2011

Khas buat seorang insan yang bernama Si Suami....

Nasihat ini dipetik dari FB, buat Mr Hubby sila ler baca....

1.Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Sunday, March 20, 2011

Tupperware vs Tippuware

Aku memang suka mengumpul tupperware dan tippuware... korang sedia maklumkan, tupperware amat la mahal manakala tippuware murah jer... masa aku giler membeli tupperware, aku baru ada Effy, jadi budget tu ada ler nak membeli, sakan aku membeli, penuh satu kitchen cabinet kat rumah, spai x cukup tempat aku tumpang pulak kitchen cabinet kat officeku... ehehhehe hehehehhe (buat macam rmh sendiri ☺). Post balik kampung pun ada jugak.. Tapi skrg ni anak dah ramai so aku pun mengstopkan aktiviti membeli tupperware itu... budget lari oooo... cukup lah apa yg berlambak kat cabinet tu... Yang tippuware pun aku suka gak membeli, harga dia murah. Esp yang warna putih jernih tu, yg boleh untuk "microwave heating only". Cuma yang tensennyer bila dah berlambak kat rmh tu, bermacam² jenis size yg ada, bila penutup dan badan bercerai susah nak mencari. So, aku pun telah mengambil keputusan utk menglabelkan ia... AS1, AS2, AS3 etc etc etc.... sebab apa AS? aku dan Mr Hubby ler.... ☻"Anna Shofian" Aku telah melarang sesiapapun kat rmh itu membawa keluar collection tupperwareku itu... Kalo Effy or Adam nak bawa bekal makanan ke sekolah aku akan bagi tippuware, if tupperware minta simpang ler.....hilang nanti, 4 hari 5 mlm akan aku keriau...


Koleksi Tupperware





Koleksi Tippuware




Wednesday, March 16, 2011

Citer Indon ♥♥Baim Wong♥♥

Aku amat meminati Sinetron Indon, esp kalo bf aku yang berlakon - ♥♥Baim Wong♥♥, aku suka bangat kat dia... nak kata hensem tak ler sangat, tapi aku suka lakonan dia. Lakonan dia amat mantap, kalo bab keriau a.ka nangis tu memang original punya, sambil hidung dia kempas kempis... air mata mengalir laju jer.. uhhuhuhuhuuuuuu..uhuhuuuu dan air mata aku pun mengalir jua........ uwaaaaaa uwaaaa uwaaaa... agaknyer kat Indon tu dia dapat tak pelakon lelaki popular? kena google ni... wpun citer Indon ni boleh dikatakan mengarut, tp aku suka nganga... kelam kabut balik kerja sbb nak tgk Sinetron Indon... wpun blh tgk kat youtube, tapi aku lebih suka tgk kat tv, tp kekadang bila tak sabar sgt nak tahu kesudahannyer, mula la aku nganga depan youtube pulak... huhhhh aku kan tak sabar punya manusia... ehehheehhe... tpkan, kalo kat youtube feel kurang la sket... korang cuba la tengok sure akan terjemurus mcm aku... Selamat menonton....


Benci Bilang Cinta
1st time aku tgk ♥♥Baim Wong♥♥ berlakon, terus jatuh cinta... :, Cerita ni aku khatam spai 3 kali tau...





Bukan Diriku
Tak best coz ♥♥Baim Wong♥♥ berlakon mcm apa tah, suara pun mcm itik sudu





Sejuta Cinta Marshanda
Citer ni best giler, skrg ditayangkan kat tv3 isnin till khamis at 2.00pm, 1st episod aku keriau sakan... uhhuhhuuuu huuuuuuuhuuu





Kejora dan Bintang
Citer ni pun best jugak, skrg ditayangkan kat astro ria isnin till jumaat at 6.30pm





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 9, 2011

Aku sudah bersalin

As salam... dah lama aku x update blog aku ni... skrg ni aku dlm "Maternity Leave" masuk hari yang ke 35... org kata pantang spai ke 44 hari.. tp entahler.. aku ni x brp pantang ler sgt... kekdg tu mcm tak masuk akal gak, itu ini x leh minum, makan.. kalo ask doctor, depa kata "kalau dlm segi perubatan x der masalah pun" kekdg aku ikut kata doctor, kekdg aku ikut kata org2 tua... mana2 pun blh la...

seronok gak duduk di rumah ni.. especially citer kat tv tu best2 belaka... cuma yg x best berpantang kali ni sbb aku sorang2 dan baby kat rumah... masa lahirkan Adzim dulu aku ada maid, ada gak org leh tlg buat kerja rmh... skrg ni kesemua benda aku perlu buat sendiri... pastu plak berpantang kali ni aku x balik pantang kat Perlis... sbb utama mak dah x sihat, pastu plak Effy, Adam dan Adzim bersekolah so kesian la nak tinggal kan depa.. cian kat Mr Hubby sorang2 jaga depa....

Aku ni tera la jgk.. pas keluar hpital hari ke 4 aku dah start masak dan buat kerja rmh mana yg perlu... Mr Hubby dan Effy tolong la mana yg patut... kalo aku x masak, kami nak makan apa... x kan nak beli jer.. lari budget ooooo....